Muzium Padi, Kedah.
Muzium Padi terletak 15 minit perjalanan dari bandar Alor Setar. Tempat ini menjadi tumpuan pelancong selain daripada Menara Telekom Alor Setar. Setiap tahun, sekolah saya mengadakan lawatan sambil belajar ke sini. Benda yang paling menarik dalam muzium ini ialah poster berbentuk bulatan yang terletak di tingkat atas berserta dengan tempat duduk yang dapat berputar 360 darjah. Pelancong-pelancong boleh duduk di atas kerusi sambil memerhatikan poster yang dilukis oleh pelukis negara Korea. Muzium ini menjadi suatu kebanggaan kepada penduduk Negeri Kedah, Negeri tercinta.
No comments:
Post a Comment