Thursday 24 November 2011

MUZIUM PADI, KEDAH

Muzium Padi, Kedah.

Muzium Padi terletak 15 minit perjalanan dari bandar Alor Setar. Tempat ini menjadi tumpuan pelancong selain daripada Menara Telekom Alor Setar. Setiap tahun, sekolah saya mengadakan lawatan sambil belajar ke sini. Benda yang paling menarik dalam muzium ini ialah poster berbentuk bulatan yang terletak di tingkat atas berserta dengan tempat duduk yang dapat berputar 360 darjah. Pelancong-pelancong boleh duduk di atas kerusi sambil memerhatikan poster yang dilukis oleh pelukis negara Korea. Muzium ini menjadi suatu kebanggaan kepada penduduk Negeri Kedah, Negeri tercinta.

Monday 21 November 2011

Balik Kampung! Slideshow Slideshow

Balik Kampung! Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Balik Kampung! Slideshow Slideshow ★ to Alor Setar. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Monday 14 November 2011

Penentangan terhadap penjajah.

Isi pelajaran

Penjajahan kuasa luar tidak disenangi oleh penduduk tempatan. Oleh itu, muncul pemimpin dan tokoh tempatan menentang kuasa-kuasa penjajah.

1. Sultan Mahmud Shah ialah pemimpin yang mengetuai penentangan terhadap Portugis di Melaka.
2. Raja haji mementang kuasa Belanda di Melaka.
3. Dato' Maharaja Lela menentang kuasa British di Perak.
4. Rentap menentang kuasa British di Sarawak.
5. Mat Salleh menentang kuasa British di Sabah.
6. Anggota Force 136 menentang kuasa Jepun di Tanah Melayu.



Aktiviti P&P:

1. Guru menerangkan isi kandungan topik ini.
2. Guru melukis peta Malaysia di atas papan putih.
3. Murid-murid dibahagikan kepada enam kumpulan dengan nama tokoh-tokoh.
4. Ahli-ahli kumpulan berbincang tentang tragedi yang berkaitan.
5. Ketua kumpulan diminta menunjukkan tokoh, negeri dan kuasa luar yang berkaitan di atas peta Malaysia.
6. Soal jawab antara guru dan murid-murid.
7. Murid-murid membuat latihan.

Penentangan Terhadap Penjajah Slideshow Slideshow

Penentangan Terhadap Penjajah Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Penentangan Terhadap Penjajah Slideshow Slideshow ★ to Kuala Lumpur. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Penentangan Terhadap Penjajah Slideshow Slideshow

Penentangan Terhadap Penjajah Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Penentangan Terhadap Penjajah Slideshow Slideshow ★ to Kuala Lumpur. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Sunday 13 November 2011

Kl Bird Park Slideshow Slideshow

Kl Bird Park Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Kl Bird Park Slideshow Slideshow ★ to Kuala Tahan. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Monday 31 October 2011

Lawatan Sambil Belajar ke Melaka Slideshow Slideshow

Lawatan Sambil Belajar ke Melaka Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Lawatan Sambil Belajar ke Melaka Slideshow Slideshow ★ to Melaka. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Pentadbiran Awal di Sabah

Isi kandungan pelajaran
Pentadbiran awal Sabah terbahagi kepada tiga kawasan:

a) Kawasan Pantai Barat
    Kawasan ini berada di bawah kuasa Kesultanan Brunei. Kawasan ini ditadbir oleh Pangeran dan di bantu oleh Ketua Suku Kaum dan Ketua Petempatan Sungai.

b) Kawasan Pantai Timur
    Kawasan ini berada di bawah kuasa Kesultanan Sulu. Kawasan ini ditadbir oleh Datu.

c) Kawasan Pedalaman
    Kawasan ini dikuasai oleh ketua-ketua tempatan. Mereka digelar Tuai Rumah atau Ketua Rumah Panjang.


Aktiviti P&P

 1. Guru mengajar mengikut isi kandungan topik.
 2. Guru memperkenalkan kawasan Sabah dibahagikan kepada tiga bahagian.
 3. Guru membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan untuk menjalankan simulasi.
 4. Beberapa orang murid diberikan watak dan berlakon seperti pembesar-pembesar berkenaan.
 5. Guru memberi tunjuk ajar di sebelah.
 6. Sesi soal jawab.
 7. Guru menyuruh murid-murid membuat latihan.

Refleksi P&P

    Murid-murid keliru dengan nama pembesar-pembesar yang mentadbir di kawasan pantai timur dan pantai barat. Guru akan menjalankan pengajaran semula dengan melukis peta dan menerang sekali kepada murid-murid.
Kawasan pentadbiran awal Sabah
Datu bersama-sama dengan pembesar tempatan

Ketua rumah panjang bersama-sama dengan anak buahnya.
Latihan yang diberi kepada murid-murid.


Sunday 30 October 2011

Lawatan Sambil Belajar Ke Kota Bersejarah Melaka.(30 Oktober 2011)

      Untuk menambah pengetahuan yang ada pada murid-murid, sekolah saya telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka. Tempat yang dilawati termasuklah Muzium Cheng Ho, The Stadhuy's, St. Paul Church, A Famosa dan Sungai Melaka.
     
Menaiki bot mengelilingi Sungai Melaka.
Melawat The Stadhuy's

Pokok Melaka

Kota A Famosa

St. Paul Church

Monday 24 October 2011

Asal Usul Nama Sabah

      ISI PELAJARAN
Asal usul Sabah dikaitkan dengan nama pisang saba.
Pada masa dahulu, masyarakat Bajau yang mendiami kawasan pantai barat Sabah banyak menanam pisang saba. Pisang saba menjadi makanan utama mereka. Melalui pertuturan di kalangan masyarakat tempatan,lama-kelamaan perkataan 'saba' bertukar menjadi Sabah. Oleh yang demikian, nama negeri Sabah diambil daripada perkataan 'pisang saba'.


Pelaksanaan P&P :

Langkah
Pelaksanaan aktiviti
      1
- Cikgu masuk ke dalam kelas dan murid-murid berdiri memberi salam.
- Guru mengarahkan murid duduk.
      2
- Seorang murid masuk ke dalam kelas melalui pintu belakang .
- Dia memakai topi petani dan menjinjing sesikat pisang sambil mengeliling kelas.
- Dia berlakon sebagai seorang petani yang menanam “Pisang Saba”.
- Murid-murid memerhatikan lakonan murid itu.
      3
- Murid tersebut berdiri di depan kelas.
- Guru bertanya kepada murid apa yang ada di atas tangannya.
- Murid menjawab benda itu ialah pisang.
- Guru bertanya kepada murid tahukah mereka nama negeri manakah yang berasal daripada buah-buahan ini.
- Jika murid tidak tahu jawapan maka guru akan memberi tips: peta negeri itu seolak-olak kepala anjing dan negeri ini terletak di Malaysia Timur.
- Murid-murid memberi jawapan: Sabah.
      4
- Seorang murid melekatkan kad ayat pada papan putih.
- Murid disuruh membaca ayat yang terdapat pada kad itu.
-  Dua orang murid melekatkan carta yang berkaitan dengan asal usul nama Sabah pada papan putih.
-  Guru membuat penerangan kepada murid-murid.












Carta yang digunakan.







Gambar petani menanam pisang saba.

Monday 17 October 2011

Kajian Tempatan Tahun 5

Kaum di Sarawak

Penduduk Sarawak terdiri daripada beberapa kaum. Kaum-kaum ini tinggal sama ada di persisiran pantai, pedalamam dan muara sungai. Setiap kaum mempunyai agama dan aktiviti harian yang tertentu.

Aktiviti guru dan murid:
i)   Menerang kepada murid isi kandungan topik hari ini.
ii)  Melukis peta Sarawak pada papan putih.
iii)  Membuat penerangan liputan kaum mengikut tempat.
iv)  Memberitahu murid-murid tentang agama dan aktiviti harian mengikut kaum.
v)   Membahagikan murid-murid kepada 6 kumpulan dan membuat perbincangan dalam kumpulan.
vi ) Murid-murid membuat perbincangan dan catatkan hasil perbincangan pada kertas yang disediakan.
vii) Ketua kumpulan membentangkan hasil perbincangan di depan kelas.
viii) Sesi soal jawab.
ix)  Guru membuat rumusan.
x)   Murid-murid membuat latihan.





Latihan yang diberi kepada murid.






Murid-murid membuat perbincangan mengikut kumpulan.




                                            Ketua kumpulan membentangkan hasil perbincangan.

                                                                      Sesi soal jawab.

Monday 3 October 2011

Pengajaran Kajian Tempatan Tahun 5

Sejarah awal Sarawak
Nama asal sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:-
  • Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak . Sungai Sarawak meliputi kawasan yang digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan.
  • Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni.











Gambar penduduk tempatan melombong antimoni.










Kawasan pentadbiran awal di Sarawak.

















Latihan-latihan yang diberi kepada murid-murid.


Catatan selepas P&P:
      Pengajaran guru agar lancar bagi topik Sejarah Sarawak. Murid-murid menumpukan perhatian sepenuhnya. Bahan bantu mengajar yang digunakan bagi topik ini ialah carta peta Sarawak dimana kawasan pantai barat dikuasai oleh kerajaan Burnei, manakala kawasan pedalaman didiami oleh puak-puak yang tertentu.